Saturday 14 April 2012

Terfikir Kalau Ajjal Aku Tiba...


Assalamualaikum,
  Ajjal? Hari terputus kita daripada alam dunia dan masuk kita ke alam Barzakh(x tau eja)...Mesty conpirm semua orang terpikir bila kita akan meninggal kan? Well, memang semua pernah tanya dirinya soalan itu but memang mustahil untuk mendapat jawapannya kan.... Just bayangkan kalau kita tahu bila ajjal kita conpirm semua beriman pada last minute nak dekat ajjal...maksud aku macam nih: kalau ko tahu ajjal ko 2 tahun kemudian akan ade setengah orang yang akan terus menunaikan amal soleh tapi bukan semua orang begitu rite? Akan ada setengah orang buat tidak endah dan terus melakukan maksiat...then, pada saat-saat akhir barulah dia akan bertaubat. Rasa macam tidak adilkan kalau macam tu rite? Seorang mukmin yang bersusah payah melakukan amal soleh dapat kesenangan di akirat, tapi seorang yang telah melakukan maksiat but bertaubat pada saat2 akhir hanya sebab dye tahu ajjalnya akan tiba pun dapat kesenangan di akirat...not fair rite.

   Memang ada hikmahnya semua umat islam dan seluruh manusia tidak mengetahui ajjal masing-masing. Ini akan membezakan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tidak beriman. Ini adalah satu cara Allah SWT menguji keimanan setiap manusia. So apabila kita tidak mengetahui ajjal kita bila, kita akan selalu berwaspada dan sentiasa beramal soleh. Tapi ade orang yang melakukan perkara sebaliknya, dia leka akan kesenangan dunia dan lupa akan kehidupan di akhirat kelak nanti. Ada juga yang menyatakan enjoy-enjoy lah dahulu nanti bila tua nanti baru lah bertaubat. Eh, macam tau-tau je ajjal lambat lagi. Mana tahu, tak sempat bertaubat entah-entah minggu depan da takde da kan.... Lagi satu orang(islam) yang selalu buat maksiat nih buat kejer jahat sebab mereka tak perasan yang ada dua malaikat di kedua-dua bahu mereka. Malaikat itu sentisa berada di bahu setiap manusia yang hidup di bumi ini. Kedua-dua Malaikat yang duduk diatas bahu manusia tersebut akan mencatat kebaikan and keburukan yang dilakukan oleh tuan bahunya sehingga ajjalnya tiba. Then soal lah malaikat lain dikubur anda semua. Solat tak lima waktu?!!!! Soalan yang paling mencabar...boleh jawab ke tak korang?

     Next, just pikir laa kalaulah kita akan meninggal pada khamis depan(just bayangkan, bukan btol2) banyak tak benda dalam hidup kita buat kita rasa menyesal? Ada tak perasaan ingin meminta ampun kepada sesiapa terutamanya ibubapa kita? Ada tak perasaan yang amalan kita tidak cukup untuk menampung kita di akhirat kelak nanti? Ada tak perasaan menyesal tidak begitu berusaha untuk mencapai kejayaan dan menyesal tidak  berusaha untuk mengenali Rasul kita Nabi Muhammad dengan lebih teliti? Ada tak perassan menyesal akan cara kita melayan orang dan menyesal akan menyakiti hati seseorang? Ada tak rasa menyesal tidak menjaga aurat? Ada tak perasaan menyesal melawan kata-kata ibu bapa, tidak mendegar kata-kata ibu bapa, tidak menjaga hati ibu bapa, tidak menghormati ibu bapa, tidak menunjuk sayang terhadap ibu bapa dan tidak menyayangi mereka dengan sepenuh hati? Kalau aku terus tanya soalan sampai bila takkan habisnya kan...so renung-renungkanlah soalan yang aku tanya....aku pun banyak menyesal. Kita tidak tahu bila ajjal kita akan tiba, so baik kita menggunakan kehidupan kita untuk beramal soleh dan untuk menyayangi orang dan bagi orang menyayangi kita n terus berdoa supaya kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Thanks for reading...good bye~
Assalamualaikum, from; Hazlin London

Monday 9 April 2012

Impian & Harapan Untuk Menjadi 'PHOTOGRAPHER!'

Assalamualaikum,
  Firstly, thanks sebab sudi membuka blog aku nih :). Ok straight to the point, Aku dari kecil lagi memang ade minat dalam jurusan photography, aku ingat lagi masa aku 9tahun family aku mengembara ke Switzerland masa cuti sekolah(summer) memang setiap masa aku pegang camera ayah aku tuh. Kalau tak pun sebab ayah tak bagi, yelaa takut hilang or takut orang tetiba ragut kan...mana tau. So setiap kali family aku nak amik gambar mesti aku laa yang menyebuk menjerit "me!me! i want to take the picture" tapi malangnya ayah aku tak bagi, dye paksa aku masuk dalam gambar tuh skali ngan family yang lain....tapi kan, setiap kali ada chance je nak amik gambar mesti aku amik dengan penuh rasa 'happy' n 'excited'.
   Sekarang nih, aku da bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang photographer terkenal, tak pun just jadi seorang photographer yang mengembara (traveling photographer) or just seorang photographer pun da rasa bersyukur. But masalahnya sekarang parents aku mana bagi jadi photographer =='' diorang cakap susah nanty keje tak menentu lagi2 kalau perempuan jadi photographer lagi la susah. Ape dikatakan oleh kedua ibubapa aku memang betul, tapi nih impian aku. So aku sekarang nih dlam science stream, ayah aku cakap kalau keputusan akhir tahun nih bagus, dapat straight A(kecuali addmath-ayah x kesah) ayah aku akan belikan CAMERA NIKON untuk aku! WOW! Just bayangkan aku ada camera aku tersendiri, tapi aku rasa nak beli camera nikon yang kecik comel tuh la dulu sebab senang nak bawak la nanty kan. Lepas SPMaku nak kejer and then save segunung duit semata-mata ingin membeli CAMERA yang BERKUALITI TINGGI!
    Lagi satu, aku akan study untuk mendapat keputusan cemerlang for my parents, nenek tersayang and diri aku then gi study (aku nak sambung study bio-tu aku minat!). Sekarang nih aku tanpa pengetahuan ibubapa aku telah amek mata pelajaran tambahan. Cube teka ape? geo? x minat. account? susah laa. ekonomi? boriing....aku amek SENI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yeay! haha nih akan membantu aku untuk mencapai dream aku tuk jadi photographer! But shhhhhhhh! jangan bagi tau parents aku, kalau tak gila-gila kena bebel la aku. Yelaa kan physic aku teruk, tambah2 addmath aku nih pulak aku amek seni mane tak panas hati parents aku....hahahaha
    SO mari kita tengok, ape hala tuju & pencapaian yang ingin dicapai dalam jangka masa yang pendek? hurmmm....firstly, untuk menguasai semua mata pelajaran aliran science termasuk addmath!(walaupun impossible huhu) secondly, mendapat keputusan SPM yang terbaik. Thirdly, tidak mengecewakan ibubapa. Keempat, selepas habis sambung blaja bio gi university seni pulak amek jurusan photography! HA! 4 tuh je kan! simple right?! Ok tak semudah dipikirkan but wish me luck! Doakan aku ok!!!! Janji! ok! Sekali lagi terima kasih kerana membaca!
   Assalamualaikum; Hazlin London