Monday 9 April 2012

Impian & Harapan Untuk Menjadi 'PHOTOGRAPHER!'

Assalamualaikum,
  Firstly, thanks sebab sudi membuka blog aku nih :). Ok straight to the point, Aku dari kecil lagi memang ade minat dalam jurusan photography, aku ingat lagi masa aku 9tahun family aku mengembara ke Switzerland masa cuti sekolah(summer) memang setiap masa aku pegang camera ayah aku tuh. Kalau tak pun sebab ayah tak bagi, yelaa takut hilang or takut orang tetiba ragut kan...mana tau. So setiap kali family aku nak amik gambar mesti aku laa yang menyebuk menjerit "me!me! i want to take the picture" tapi malangnya ayah aku tak bagi, dye paksa aku masuk dalam gambar tuh skali ngan family yang lain....tapi kan, setiap kali ada chance je nak amik gambar mesti aku amik dengan penuh rasa 'happy' n 'excited'.
   Sekarang nih, aku da bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang photographer terkenal, tak pun just jadi seorang photographer yang mengembara (traveling photographer) or just seorang photographer pun da rasa bersyukur. But masalahnya sekarang parents aku mana bagi jadi photographer =='' diorang cakap susah nanty keje tak menentu lagi2 kalau perempuan jadi photographer lagi la susah. Ape dikatakan oleh kedua ibubapa aku memang betul, tapi nih impian aku. So aku sekarang nih dlam science stream, ayah aku cakap kalau keputusan akhir tahun nih bagus, dapat straight A(kecuali addmath-ayah x kesah) ayah aku akan belikan CAMERA NIKON untuk aku! WOW! Just bayangkan aku ada camera aku tersendiri, tapi aku rasa nak beli camera nikon yang kecik comel tuh la dulu sebab senang nak bawak la nanty kan. Lepas SPMaku nak kejer and then save segunung duit semata-mata ingin membeli CAMERA yang BERKUALITI TINGGI!
    Lagi satu, aku akan study untuk mendapat keputusan cemerlang for my parents, nenek tersayang and diri aku then gi study (aku nak sambung study bio-tu aku minat!). Sekarang nih aku tanpa pengetahuan ibubapa aku telah amek mata pelajaran tambahan. Cube teka ape? geo? x minat. account? susah laa. ekonomi? boriing....aku amek SENI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yeay! haha nih akan membantu aku untuk mencapai dream aku tuk jadi photographer! But shhhhhhhh! jangan bagi tau parents aku, kalau tak gila-gila kena bebel la aku. Yelaa kan physic aku teruk, tambah2 addmath aku nih pulak aku amek seni mane tak panas hati parents aku....hahahaha
    SO mari kita tengok, ape hala tuju & pencapaian yang ingin dicapai dalam jangka masa yang pendek? hurmmm....firstly, untuk menguasai semua mata pelajaran aliran science termasuk addmath!(walaupun impossible huhu) secondly, mendapat keputusan SPM yang terbaik. Thirdly, tidak mengecewakan ibubapa. Keempat, selepas habis sambung blaja bio gi university seni pulak amek jurusan photography! HA! 4 tuh je kan! simple right?! Ok tak semudah dipikirkan but wish me luck! Doakan aku ok!!!! Janji! ok! Sekali lagi terima kasih kerana membaca!
   Assalamualaikum; Hazlin London

No comments:

Post a Comment

Well, comment please. I wanna know what your thinking! please comment!